Apa enaknya dengan Wordpress + hosting sendiri

Oleh kerana isu-isu berkenaan web hosting, domain names, blogging etc adalah perkara yang agak tenikal, tidak heran jika ramai yang menolak atau tidak tahu apa boleh dimanfaatkan dengan memiliki blog Wordpress di atas hosting sendiri (pada hosting sendiri itu anda sendiri yang bayar, atau orang lain yang membayarnya ).

Saya tidak mempunyaipengetahuan yang khusus untuk persoalan ini, tetapi  sedikit kelebihannya adalah seperti berikut:

1. SEO yang lebih baik. SEO yang lebih bermakna lebih menarik untuk blog kita kepada organic traffic, yaitu pebrowser yang datang dari search engines. Dengan kata lain,  jika dalam hidup kita sehari-hari, memasukkan papan penunjuk arah untuk para pengunjung mendatangi rumah kita. Ini membantu meramaikan lagi mereka yang datang.

2. Software yang terbaik. Wordpress pernah diundi sebagai software open source  yang terbaik dalam kategorinya oleh pengguna internet.

3.  Ciri-ciri yang ada pada Wordpress. Antaranya ialah betapa mudahnya menukar skin, menambah plugin yang disukai dan sebagainya.

4. Tidak ada iklan. Kalau ada iklanpun, iklan yang anda pasangkan sendiri.

Tapi apa bedanya menggunakan subdomain.wordpress.com atau subdomain.blogspot.com? Emmm…. panjang ceritanya.  Kalau dipendekkan; ia tidak nampak cantik & tidak ada kebebasan. Tidak ada kebebasan contohnya, jika anda mahu menukar skin, maka anda hanya mempunyai pilihan-pilhan tertentu saja. Anda juga tidak mempunyai ruang untuk mengupload gambar. Kalau ada pun, terbatas. Pendek kata, ia tidaksesuai

Harap dapat membantu anda memahami perkara ini.

0 comments:

Post a Comment